I HATE MONDAY!


I hate Monday! I really hate Monday!! Fuhh... Jika ada di antara teman anda yang berteriak sekeras-kerasnya kenyataan ini sambil memegang-megang kepala dan menutup muka dengan bantal dan paling teruk tidak mahu berganjak dari katil, mereka mungkin terkena virus ‘ I hate Monday’.. Ayuh, orang seperti ini harus diubati dengan segera...
Apa yang pasti, penyakit ini memang menyerang setiap manusia yang ingin memulakan aktiviti mereka terutama mereka yang berkerja setiap hari Isnin,sedangkan pada hari Sabtu dan Ahad mereka memang cuti. Belum lagi,pelajar-pelajar yang perlu menghadapi kuliah sepanjang hari. Biasalah hari Isnin, semuanya rasmi. Bagi pelajar-pelajar yang belajar di mana-mana universiti yang mewajibkan semuanya formal pada hari Isnin, jangan lupa pakai baju kurung ya..
Tetapi, jika anda fikir ingin lupakan sahaja hari Isnin, mungkin anda silap....mahu tak mahu, suka tidak suka, anda tetap harus menghadapi hari Isnin, sebelum Selasa,Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad..Ada cara mengubah I HATE MONDAY kepada ‘ I LOVE MONDAY’..

1. TIDURLAH LEBIH AWAL PADA MALAM SEBELUMNYA!!
Biasanya kalau seseorang itu penat dan keletihan pada hari Sabtu dan Minggu akibat terlalu asyik melancong, berjalan ataupun menikmati hari berlibur, pasti malas betul untuk masuk ofis esok kan?...Malah sudahlah cuti, balik pula lewat malam dan menjelang pagi, sedangkan esok banyak benda yang perlu dibuat. Berjumpa client, menelefon, memfaks dan segala bagai kerja opis yang bertimbun. Jadi, caranya ialah balik awal, tidur awal dan hadkan aktiviti pada hari Ahad.
Jika perlu keluarlah pada hari Sabtu untuk anda mendapat tenaga baru yang lebih segar di hari Isnin.
2. BUAT PERANCANGAN YANG PALING MENYERONOKKAN PADA HARI ISNIN!
Dating pada hari Isnin, shopping di hari Isnin, siapkan novel-novel di hari Isnin, lipat baju, lakukan kerja rumah dan segala bagai pada hari Isnin, pendek kata semua yang dilakukan pada hari minggu diubah pada hari Isnin. Rasanya kalau anda merancang untuk berjumpa dengan gadis atau lelaki idaman pada hari Isnin pun, boleh juga. Kalau ada perancangan seperti itu, rasanya hari Isnin akan dirasakan seperti biasa dan akan berlalu dan berlalu seperti biasa.
Apakata anda tengok wayang ke..selain harganya jauh lebih murah jika dibandingkan pada hari minggu, anda tidaklah perlu bersesak-sesak dengan orang ramai untuk menonton filem idaman. Balik kerja atau jika stress melanda anda pada hari Isnin, anda boleh keluar berkaraoke atau keluar bersama rakan-rakan. Jadikan aktiviti anda
                 Anda boleh juga melakukan sesuatu yang menarik pada hari Isnin sehinggalah anda boleh melupakan timbunan kerja di pejabat, karenah client yang cerewet dari pagi hingga ke petang dan apa yang penting, selepas hari Isnin ialah HARI SELASA. 

3. MULAI HARI ISNIN DENGAN KATA-KATA SEMANGAT!
Jujur sebenarnya tiap kali menjelang Isnin, penulis amat teruja dan berdebar. Entah kenapa? Mungkin kerana banyak benda nak kena buat, baju apa yang perlu dipakai.. Mungkin juga penulis terbawa-bawa hari rasmi di universiti kot hehe 8-) dan yang paling penulis takut, selalunya ada jer client nak jumpa hari Isnin, dan juga assignment hari Isnin yang memerlukan penulis keluar dari pejabat....
Argh..kalau nak tahu, hari Isnin sebenarnya, penulis suka mengadap komputer jerk at opis ni... Hari Selasa adalah hari claim sedunia dan juga hari kami boleh ke kaunter admin untuk menguruskan urusan pos dan macam-macam. Bukan apa, silap haribulan jika Isnin tersebut adalah awal bulan, kami perlu ikut perhimpunan pejabat..Hmm ini NO KOMEN..
Caranya ialah, pada malam sebelum hari Isnin, setkan minda anda untuk menghadapi ISNIN dengan kata-kata semangat dan ceria. Pastinya ada sahaja kata-kata positif untuk hari isnin. Yeahhhhhhhhhhh...

Popular Posts