PERHIMPUNAN PAGI? AH..BORINGNYA..

Tiap-tiap hari Isnin pasti ada sahaja agenda yang diaturkan oleh pihak pengurusan. Sudahlah kerja banyak, panggilan-panggilan ' hangit' dari client terpaksa ditunda atau dipadamkan. Tidak salah sekali sekala ada perhimpunan. Tetapi masa yang lama dan berjela-jela sangat membosankan, tambah-tambah lagi jika aktiviti seperti  kanak-kanak ribena diadakan. Faham-faham ajalah,atau yang paling terkini, tema pakaian yang harus dikenakan pada hari-hari tertentu. Mulalah time inilah jumpa client, time inilah  hendak keluar mencari tugasan luar dan pada hari perhimpunanlah semua orang datang lambat, hingga ada juga sanggup ' swipe' kemudian balik sambung tidooo. OHHH...sungguh tidak patut. Hurmm..untuk elakkan bosan melanda anda yang sudah tidak tertahan-tahan lagi menghadapi situasi semua ini... ada cara terbaik untuk kurangkan rasa bosan anda itu. Tetapi harus diingat, kewajipan seorang pekerja harus dilaksanakan. Bukanlah saya hendak mengajar anda tidak tunaikan 7 prinsip yang diaturkan syarikat, tetapi untuk menaikkan mood anda apabila terpaksa menghadapi situasi ini...

  • Pasang niat aku mahu dapat ilmu tambahan
  • Pastikan sebelum perhimpunan, anda sudah sarapan pagi ye. Nanti tidaklah anda lapar jika perhimpunan memakan masa.
  • Jangan buat sebarang tugasan luar pada hari Isnin. Kalau di universiti sering mengaitkan hari Isnin sebagai hari formal dan hari yang paling sibuk, anda janganlah tergolong antara yang sibuk itu.
  • Berpakaian paling lawa dan kemas berbanding hari-hari biasa. Bukan apa, mana tahu anda menerima tetamu yang tidak diduga pada hari Isnin..atau yang paling surprise anda tetamu yang tidak diundang mengajak anda menyampaikan sesuatu di atas pentas...siapa tahu bakat anda bakal terserlah..
  • Kerja kuat pada hari-hari biasa. Bukanlah kerja kuat hingga anda tidak makan, hingga anda tidak tidak tidur. Itu bukan kerja namanya. Bukan kehidupan juga.  Jika kerana perhimpunan ofis menyebabkan kerja bertimbun  anda tidak dapat disiapkan, jangan khuatir. Jika masa yang diambil 2 jam, pastikan kerja anda digandakan juga 2 jam. Jika tidak, buatlah kerja mengikut susunan, mana yang lebih penting didahulukan.
  • Pastikan anda rancang kerja anda. Pastikan anda semak dengan pihak pengurusan tarikh sebenar perhimpunan pada setiap awal  bulan untuk mengelakkan jadual tugasan anda bercanggah dan akhirnya terlewat dan terpaksa ditunda. Ini tidak mungkin berlaku oleh seseorang yang bijak merancang masa. Jadilah profesional demi ilmu kendiri dan orang-orang sekeliling.

Popular Posts