DON’T JUDGE BOOK BY IT’S COVER ..

Ingat lagi lepas graduate, nak mintak keje kat kedai roti area Kota Damansara. Rasa nama kedai tu dah muslimah, dan adaler beberapa pekerja dia ( Mungkin pekerja atau bos) yang keje kat situ. Kalau berpakaian, memang bertudung lituplah. Mulanya, aku seganlah nak masuk, tetapi memandangkan itulah kedai orang islam, aku ingat nak kejelah situ.
                Dipendekkan cerita, aku pun masuklah bagi salam... Assalamualaikum..kak, kat sini ada nak pakai orang tak? Akak tu terus pandang aku atas bawah. Takde..takde..sambil terus buat kerja. Mak aii, sombongnya! Hai kak, akak ingat saya ni apa? Batu kat sini? Ataupun orang melayu yang tiada perasaan? Bukan budak kecil lagi, main-main cakap kurang hormat kat situ. Kot ye pun kalau saya ni bukan sepesen dengan akak, janganlah pandang saya macam tu,..Tapi aku rasa, penampilan aku masa tu dah menutup aurat.Dah muslimah, Cuma mungkin waktu tu aku pakai jeans kot. Salahke pakai jeans? huhuhu
                Aku pun keluar dengan muka seposen. Al-maklumlah  belum habis tanya. Hmm, Kotnye aku saja-saja tanya. Padahal aku nk beli roti ke, apa ke. Macam tu ke layan customer? Hai adab tu tak lengkap cik kak..tak sepadan dengan imej yang akak bawa. Akak sepatutnya senyum dulu. Ni tak, mula-mula masuk, terus pandang aku ni, then nak judge orang macam tu. Tak baik tu. Itulah sebabnya aku tgk tak ramai sangatla orang masuk kat kedai kakak ni. Bukan nak mengutuk, nak bagitau, kita ni kalau dalam industri  usahawan ke usahawanita ke, Customer Serviceke, bidang muslimah ke apake, kenalah seimbang dan ramai kawan. Takleh sesuka hati nak judge orang. Kenalah pandang positif kat orang.Itu aku hanya membebel dalam hati je..hehe
                Aku masih ingat mak pesan, kalaupun badmood, depan customer kenalah tunjuk ada mood. Yelah kalau sekali orang datang kedai tapi dah buat muka, sumpah orang tkkan datang lagi. Percayalah...Kalau kedai  biasa takpe, tapi..janji service ko bagi tu boleh buat orang puas hati. Puas hati ke u ols? Hehe

        Kekadang takleh pakai juga istilah Don't judge book by it's cover ni,..macamana orang tahu hati kamu, kalau ada orang tu mencuri, tetap juga dianggap salah di mata masyarakat. Walaupun berbuih dia explain dia mencuri kerana nak tolong famili. Dia seksi kerana mengikut perkembangan semasa. Walaupun seksi, hati dia baik ( boleh tahu ke hati diri sendiri baik? alamak..)
                    Hmm berbalik kepada judge orang ni..ada juga  istilah judge di mana mula-mula jadi budak baru, nampak jambu sikit, terus nak kacau line. Terus nak buat awek. Terus nak buat pakwe. Padahal, orang tu dah berpunyala apala. Diam-diam sudah. Jangan satu opis tahu, canang situ. Canang sini..alih-alih tak ke mana. Kenallah hati budi dulu. Dah tak ada jodoh, kutuk itu, kutuk ini. Padahal dulu takmo kenal hati budi jauh-jauh, nak sangat cepat bercinta. Kenalla hati budi dulu, entah-entah budak ni nampakje rock, tapi sebenarnya baik. Entah-entah budak ni nampakje baik, tapi belakang? Mak aiii..macam zombie!..Itu tak payahlah nak cerita..tak payahlah nak bercakap..yang penting orang tu tak pernahlah buat hal ngan kita. Buat apa nak canang 1 dunia si polan bin si polan macam ni? Ko kenal dia betul2 ke..hei,,don’t judge book by it’s cover laaa..
                Tu yang nak bagitau ni, kalau orang tu tak menutup aurat ke apake, janganlah terus judge dia tak elok. Entah-entah dia lagi baik dari yang bertudung. Saya pun bertudung, tapi kawan tetap kawan. Memanglah bertudung itu wajib. Tetapi lama-lama terbukalah hati kawan-kawan tu. Janganlah kerana dia tu buruk, kerana dia tu tak menutup aurat, kita terus takmo  kawan, terus takmo dekat. Tak baik tau. Hah! Sama juga dengan istilah yang si free hair atau tak menutup aurat ni. Kalau orang free hair boleh terima kita yang bertudung nie, why not kita terima diorang? Padahal, orang yang macamni lah lebih menghargai kawan. Lebih open-minded. Sama-samalah, win-win situation.  Hmm..sesesuaike guna word ni,,konfius konfius..
                Alhamdulillah masa belajar lagi, saya dah ada kawan 1Malaysia. Hurm best friend saya pun orang India dan Chinese. Diorang ni memang baik apa? Sangat bersopan dan suka buat aku  hepi.  Kadang2 tak sedar yang diorang ni dari bangsa  lain. Memang respect la orang macam ni. Sangat teruja bila orang dari bangsa lain, boleh hormat orang Melayu, boleh mencintai orang melayu, boleh puji orang melayu dan yang paling penting, boleh senyum kat kita. Kalau bab2 agama, diorang tak pernah bertanya. Diorang tak pernah pandang sinis, malah siap hafal solat 5 waktu ada berapa!!
                Moral of the story ialah, jangan suka menilai orang dari kulit dia. Walaupun kulit dia hitam, tak semesti isinya juga hitam. Dalam setandan pisang, tak semestinya semua buruk..kenal dulu baru boleh canang satu dunia.


Kata-kata hikmah aku kali ini:

Hitam-hitam si buah manggis,
lagi hitam kawanku seorang..
Hitam-hitam kawanku ini,
budi baik tetap dipandang.. .


Popular Posts