LUAHKAN APA YANG TERBUKU DI HATI..
Kenapalah rasa tension jer hari ini.. Padahal nak kata kerja bertimbun, tak langsung. Deadline pun jauh lagi. Semua benda tak kena. Mungkin angin taufan semakin menghampiri kot. Sudah puas aku mengaji quran, senaman, minum air zam-zam... Jus Tok guru atau apa sahaja minuman untuk menenangkan minda, tapi aku tetap rasa tak tenang. Ya Allah..apa yang aku fikir ni..
Lepas solat magrib, seperti biasa aku menunaikan apa yang wajib. Lepas solat wajib, aku buat solat sunat. Tapi, aku masih tidak tenang. Dalam hati aku banyak berfikir, adakah kata-kata aku ataupun tingkahlaku aku selama ini ada mengguris hati dan perasaan semua orang. Ya...aku tahu, dulupun aku bukanlah anak yang baik dan aku bukanlah sahabat yang baik. Tetapi percaya atau tidak, aku tidak pernah mengabaikan tanggungjwb aku pada abah. Pada ma, sampailah ke hari ni.. Hurm senang cerita, aku juga bukanlah seorang kawan yang memegang prinsip ' bila susah cari kawan, bila senang kawan lama dilupakan. Kawan yang pernah bersahabat dengan aku, memang sentiasa terpahat di dalam hati dan takkan sekali berkuburnya kenangan itu. Wah! tak sangka pula ayat aku bombastic malam ni..hehe
Paling2 aku sakiti adalah kerana menegur kerana orang itu tidak mahu berubah dan sentiasa membebankan orang lain. Menyusahkan orang lain. Tapi aku redha, biarlah aku yang mengalah dan meminta maaf. Takpelah, aku tak kisah itu semua, yang aku paling risau ialah bimbang jika tidak mendapat keredhaan Allah dalam apa jua yang kita lakukan.
Tapi tak tahulah kenapa..sebenarnya ada juga aku bimbang kalau-kalau orang membenci aku dalam diam kerana aku berbicara dan meluahkan apa yang terbuku di hati. Tapi demi Allah, niat aku memang ikhlas. Niat aku ingin mengajak kawan-kawan semua bersama-sama aku untuk melakukan kebaikan ini. Orang kata, 'bagi kerjasama'. Jadi aku memang takkan peduli apa orang akan kata, selagi aku mampu berkata-kata, aku rasa tidak salahkan aku luahkan apa yang terbuku di hati.
Alhamdulillah telah jauh aku tinggalkan zaman-zaman aku yang 'degil'..dan kini aku kembali untuk mencari keredhaan Allah ( tidak akan pernah terhenti) sebab aku fikir, hidup kita bukannya panjang,semuanya sementara. Semuanya pinjaman, aku tau hidup akupun belum tentu lama. ( semua orang ingin berubah untuk kebaikan dan tak salahkan kalau akupun ingin berubah ke arah kebaikan?)
Itu semua, untuk diriku sendiri, untuk keluargaku, untuk suami, untuk zuriat-zuriatku nanti dan untuk kawan-kawan sekeliling yang aku sayangi. Dan sekarang, percayalah.. time ini aku rasa setenang2 dan selega-leganya ..Alhamdulillah
Wallahualam..