Susahnya nk faham...
Bila si isteri kena travel, si suami mulalah buat-buat merajuk. Itu tak kena, ini tak kena. Buat-buat sakit. Ini bukan berlaku kat isteri sahaja, tetapi juga pada sang suami. Time suami kena pergi outstation, si isteri mulalah buat-buat pening. Kat luar kata ok jer, saya faham...saya faham, rupanya dalam hati, tuhan sahaja yang tahu. " Janganlah pergi...Itu kata hati. Saya pasti semua orang fikir macam tu. Tapi anda kenalah jadi seorang yang profesional. Jangan nanti, bila mulut kata ok, hati kata tak ok. Sudah-sudah berperang sahaja nanti. Si suami atau si isteri yang keluar semata-mata untuk mencari nafkah atau mencari rezeki, baguslah.
Tetapi kalau si suami atau isteri ada 'plan' lain, kena fikir dua kali. Jangan kerana pasangan jenis buat dek ajak atau jenis tak kisah, anda pula yang mengambil kesempatan.
Ingat, kesempatan itu berlaku hanya sekali sahaja. Apabila anda membuat kesalahan, kesalahan itu akan tetap sebati dalam diri, menjadi DARAH DAGING hingga ke anak cucu. Jangan ingat, kalau anda curang, si isteri pula tak curang. Janganlah pula, anda berbuat sesuatu di luar dugaan. Mentang-mentanglah bila balik rumah, si isteri sudah tidak cantik. Si Tina setiausaha lagi cantik dari isteri dekat rumah. Mana tak cantik, mekap tebal seinci..si isteri pakai kain batik dengan bedak sejuk.
Dulu masa bercinta, cantik dan comel memang HANYA UNTUK ISTERI. hmmm tetapi sekarang, semuanya sudah lain, totally lain. Rupanya si polan bin si polan lagi hensem..lagi cantik. wah kalau ini yang anda fikirkan, tolonglah fikir balik, apa gunanya nikah? Ada tip untuk kekalkan memikat pasangan, baik lelaki mahupun perempuan..
PART 1

- Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan si dia.
- Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda. Tetapi jangan pelik kalau ada lelaki pun boleh masak. Mereka ini lagi terror tau!
- Sentiasa membersihkan diri tetapi janganlah mekap 24 jam bagi perempuan. Aduh! rimaslah!
- Jujur adalah perkara utama dalam perhubungan. Jangan suka menipu sebab nanti terbawa-bawa ke alam perkahwinan.
- Haa.. ini yang lelaki/perempuan paling tidak suka. Mengongkong!! perempuan pula jangan tunjukkan yang anda juga mampu dapat lebih. Nanti kena tinggal, meraung juga..Sama-samalah menjaga hati dan perasaan pasangan ye!
- Mempunyai bentuk badan yang menarik tetapi ini terpulang pada individu itu sendiri. Ada lelaki/perempuan sukakan pasangan nya gemuk/kurus/chubby/tough
- Kenal pasti siapa kawan-kawan si isteri atau suami. Kalau satu tempat kerja tidak mengapa, tetapi bagaimana kalau seorang di utara, seorang di selatan. Bekerja, melancong atau melencong? Anda dan pasangan ada jawapannya...* TO BE CONTINUE..