MAAF! CARI YANG HALAL SAHAJA....

Bulan Februari lepas, penulis diberi peluang berkunjung ke Trang Thailand. Tapi bukan suka-suka tau! Urusan kerja ( maaf post lewat keluar hehe). Masa tu adalahine cina.  Ceritanya bukan mereka, tetapi cerita berkenaan dengan cara hidup masyarakat Thailand. Setiap daerah sangat berbeza. Memang berbeza. Orang kata, kalau sebut pasal Thailand, banyak benda pro dan kontra. Pergolakan? Barang murah? Semuanya menjadi milik Negara Gajah Putih itu.
       Tempat pertama yang kami tuju ialah Trang. Dalam bahasa Thai, Trang ( ตรัง ) dipanggil Muang Thap Thiang. Trang ini bukanlah besar sangat. Tempatnya terletak di sebuah perkampungan dan pekan kecil yang memang tiada apa-apa. Cuma kawasan ini tenang dan jauh dari kesibukan kota. Tiada yang menarik yang ingin dikongsi dengan Trang. Apa yang boleh buat Trang popular ialah kerana pantainya memutih dan Gua batu kapurnya yang tersergam indah.
             Dari sana ke Selatan Thailand pula. Hmm, kalau kita ke Thailand, mu beberapa orang teman media juga dari Rush Hour, Berita Harian dan 2 orang wartawan dari magazlalah ada yg curiga. Buat rawatan mukala, tukar size bodyla ( ada jgk ke?), tk kurang nk urut sebab merungut penat bekerja. Eh tak sangka,, jauh juga sampai ke Thai. Senang kata, kalau bab-bab magic dan instant, kat sinilah mereka2 itu tuju. Nak gi mana? Nak gi Thai. Buat apa sana? Hah, mulalah ceritakan pasal kehidupan situ sini. Pot pet pot pet. Pergi urusan kerja? Pergi Shopping? Hah? Shopping aweks ke? Laa..kat situ pulak? Cubalah fikir positif sikit..tak semestinya ke sempadan tu nak buat benda tak baik. Habis mak-mak yang suka ke sana, takkan nak cari calon suami plak? Mestilah nk shopping barang-barang murah. Orang kata, periuk belanga,
toto (sori, ini bukan toto judi, tapi istilah pantai timur  untuk cadar/selimut tebal yang boleh dibentangkan di atas lantai), pinggan mangkuk dan juga barang-barang hantaran. Memang murah-murah dan berbeza dengan harga di semenanjung.
             Kalau kat Selatan Thailand, cari benda halal, makanan halal memanglah senang kerana  majoriti masyarakat kat situ beragama islam. Kat sini, kalau nak makan kedai islam merata. Daerah lain walaupun tulis HALAL, tak berani nak makan ayam. Kalau kat Phuket, even Mc Donalds dia pun ada jual daging babi, eee ( tetiba tekak meloya) . Kalau ayam. sah-sahlah sembelih tentulah tak mengikut syarak, lainlah dengan kedai makan yang ownernya islam, di kawasan majoriti islam pula tu, baru HALAL nya betul2 boleh yakin. Hati-hatilah ye, jangan excited sangat kat tempat orang sampaikan hilang budaya berpakaian, hilang etika dan adab sopan. Yelah bila dah jauh dari JAIS ke pencegah maksiat ke, mulalah rasa naik tanduk merah. Isteri kat rumah, ibu kt kampung, aduh semuanya letak belakang. Tak pe, hidup sekali sahaja kan? Itulah yang difikirkan. Bila hendak balik ke sempadan atau ke semenanjung, kalau tak eksiden, terkena peluru sesat. Tak sempat mengucap. Nauzubillah. Harap2 kita sama-samalah betulkan niat kita ye..Banyak lagi benda halal yang boleh dicari. WALLAHUALAM..

Popular Posts