BIAR
Ada juga orang mengeluh sbb kurang puas hati dengan pasangan yang dikahwini. Padahal orang tulah pilihan setengah mati sebelum atau selepas kawin. Kalau kita slalo dengan orang cakap, I'm looking 4 da right person.. means bukanlah dia memilih untuk berkahwin dengan anak dato' ataupun Brad Pitt. Tapi sbb nak mencari orang yang benar-benar. Orang yang betul-betul. Bukan kaki perahsia. Buka kaki penipu. Bukan jnis tak bertanggungjawab. Kawin ni bukanlah untuk sehari dua. Tapi nak kekal sepanjang hayat. Kalu kita nak mencari kemanisan rumah tangga, tentunya kita mengimpikan keberkatan. Barulah semanis kurma..
Ni kawin sebab apa? Sebab nak ada anak. Sebab saya sayang pasangan saya, jadi saya mesti kahwin. Sebab orang selalu bertanya, jadi saya kawin jelah. Itupun mak yang suruh. Aikk? Anak dah tiga pun masih salahkan makke..Salah tu..
Bagi yang kawin pilihan mak, oklah. Tapi kalau kawin pilihan sendiri, tak salah. Tetapi kenalah betul-betul. Dalam hal ini memanglah kena betul-betul memilih.Nak cari pasangan hidup susah senang sampai ke mati bukannya senang. Kalau orang suka kamu sbb cantik, pikir banyak kali? Biar betul.. nanti aku tua macamana? Mesti dah mula pandang pompuan lain. Jadi pilihlah agama. Bukanlah suruh kami cari tok lebai ataupun pak arab, tapi cukuplah lelaki tahu tanggugjawab. Kelak dia akan bimbing kamu ke syurga. Tapi kan, ada juga pompuan mendambakan lelaki baik dan beriman, tetapi diri tidak mahu berubah. Susah juga. Begitu juga dengan lelaki. Jadi sama-samalah kita bekerjasama..berubah demi kebaikan!
' Saya masih ingat lagi kata-kata satu geng sekolah dulu ( bukan geng bas sekolah ye)....suatu hari, ada sorang kawan saya menegur perangai budak lelaki yang suka ponteng sekolah, suka lepak dan suka hisap rokok depan tangga kelas. Kawasan tu agak tersorok sikit dan jarang jadi laluan guru. Hmm, keje mereka ada juga yang suka kacau pompuan. Memang mana-mana student pompuan tak kiralah yang jambu ke ataupun tembikaike yang lalu depan mereka..,memang kena ngusik.
Berbalik cerita kawan saya yang tegur ni. Kalau nak tahu, kawan saya ni bukanlah pengawas, tapi mengalahkan pengawas..memang tegas orangnya. Biarpun luaran nampak lembut, tetapi Ya Allah rupanya memang tegas. "Korang ni dah takde keje erk?
( opss silap. Dalam bahasa loghat kelantan, mungkin bunyinya macam nie.." pok-pok mu nie, tkdo kijo laing ko?) Tegur kawan saya tu.
Bakpo mu nok sibuk? Mereka mula tak puas hati. Takdoklah..aku sekada nk pringak jah, mu ingat denga peranga pok-pok mu ni, ado ko tino nok? kalau aku pun toksey. Saya yang dok kat dalam kelas
( ngintai di balik tingkap haha) tu terkejut juga ada kawan laser camtu. Nak tahu apa diorang balas balik? Diorang kata... Sejahak2 pok2 aku pun, bukannya hisak dadoh. bukannya wak ganas ko tino. Debe macamano pun, atas tikar semaye juga wei. pilih tino molek gok wei.." Terus kawan saya diam. Mungkin bimbang juga, takut kang garang sangat, tkde lelaki nak dekat.hurm. Aku sengih tgk kawan aku tu.
Bila dah lebih 10 tahun lebih tk jumpa diorang2 nie, tetiba terjumpa terpulak dalam fcbook. Masing2 ada yg dah kawin, ada yang single..mana yang nakal2 tu, hurm kawin dengan kawan2 kami yang boleh dikatakan ' budak baik-baiklah kan... Tulah orang kata..kalau dah jodoh tak ke mana. Dan kata mereka, mereka sanggup berubah untuk orang yang mereka suka dan sayang. Dan ayat yang masih aku ingat sampai sekarang ialah.. " kalau kita mahu disayangi orang baik-baik, kita mesti ubah diri kita dulu. Kita mesti sayangkan diri kita dulu sebelum sayang orang lain"...hmm
Jadi, jom sama2 kita fikirkan apa yang kita cari sebelum kita serius menjalinkan hubungan. Kenali diri sendiri kategori mana satukah yang menjadi pilihan anda,sebelum membuat sebarang keputusan. Ini bukan bebelan untuk saya seorang..tapi untuk kita semua. Penting untuk tidak saling menyalahkan diri sendiri dan pasangan kelak. Wallahualam
MaNa SaTu PiIiLiHaN KalBu?,,
1)- Cantik, kaya, tiada IQ&EQ
2)- Cantik,tak kaya,ada IQ&EQ,
3)- Cantik, tak kaya, tak ada IQ&EQ
3)- Tak cantik, Kaya, tiada IQ&EQ
4)- Tak Cantik, Tak kaya,ada IQ&EQ
5)- Tak cantik, Kaya, ada IQ&EQ
6) Tak cantik, Tak kaya, tiada IQ&EQ