JANDA BAIK VS DARA BAIK- BAIK
Saya berpeluang ke Janda baik yang terletak kat Pahang. Destinasi dia tklah jauh dari Genting Sempah, lalu belakang je..ala deretan lorong yang jual buah berangan tu. Kira-kira 40 minit ke sejam perjalanan dari bandaraya Kuala Lumpur.
Dikelilingi oleh hutan dara dan banjaran titiwangsa yang menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia. Inilah kali pertama saya ke Janda Baik, bercuti sambil bekerja sempena dengan Gathering Majalah Dara.com bersama-sama dengan pembaca-pembaca mereka. Memang pada asalnya saya hanya menjadi jemputan dari majalah dara.com sebagai peserta, tetapi dek kerana teruja keindahan, snap situ snap sini..hampir terlupa pula tujuan sebenar datang ke sini. Bos kata, shoot hotel dan pemandangan kat situ. Shoot jugala apa event yang ada. Waa kali ini lokasi Janda baik dihadiri dara-dara cantik, bukan janda-janda baik ya! tapi anak-anak dara baik yang memang comel2 belaka. Rasa macam percutian atau musim gadis melayu pula. Ada yang didatangkan dari Kuala Lumpur, tidak kurang ada yang tinggal kat Pahang.
Pilihan ke Janda baik ini memang tepat kerana destinasi percutian ini memang menawarkan udara yang segar dan hutan yang menghijau. Sudah tentulah mendamaikan jiwa anda. Apa yang saya lihat sepanjang gathering ini, tema muslimah yang dibawa memang kena dengan orang-orang yang dibawa. Peserta yang ada tidak kekok untuk bergaul sesama sendiri. Memang tiada istilah ' Diva' yg boleh dilihat di sini. Memang orang kata, tidak boleh menilai dari tanggapan pertama. Ya Betul! Tapi, kali pertama dan kedua boleh dilihat semuanya. Ada yang pendiam, tetapi itu caranya. Tetapi sedia bekerjasama dan mengenali rakan-rakan yang lain. Hurm,, Orang kata, kalau wajah cantik diserikan dengan akhlak yang baik, memang sejuk jer mata memandang. Macam adik-adik yang saya lihat ni..mashaAllah cantik semua..
Oleh demikian dengan kurniaan Allah SWT ini, yang telah menciptakan manusia dengan seelok-elok ciptaan ciptaan maka apa balasan yang harus kita bagi?
1) . Bersyukur kepada Allah SWT dengan memujinya di atas nikmat yang diberikan Nya.
2) Tidak menyalah gunakan kecantikkan untuk berbuat maksiat kepada Alllah SWT. Jangan menggunakan kecantikan ke arah keburukan, maksiat dan hiburan yang melalaikan..
3) Wajib jaga rupa paras, jangan mengubah rupa paras yang Allah berikan. Hidung kemek nk mancung bak seludang, pipi leper nk kembung macam belon panas, kening lebat nk mcm sabit bulan, mashaAllah..bersyukurlah. Jangan lebihkan cantik di dunia dari kecantikan di akhirat. Wallahualam.
Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam dan kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan kami telah berikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik serta kami lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya di atas banyak makhluk-makhluk yang telah kami ciptakan. ( Surah al-Isra:70 )
Firman Allah SWT :
Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam dan kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan kami telah berikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik serta kami lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya di atas banyak makhluk-makhluk yang telah kami ciptakan. ( Surah al-Isra:70 )
INFO
Asal usul Janda Baik..
Kisah bermula dengan lagenda seorang puteri yang cantik dan baik, membantu dan merawat para pembesar dan pahlawan Negeri Pahang yang cedera dari perperangan di Selangor. Sebab itulah secara kebetulan, aktiviti yang dilakukan berjalan lancar, setiap peserta yang hadir juga persis puteri, cantik, sesuai dengan kelembutan gadis dara.com.