sUSaH SanGaT ke Nak SeNyUm?

Aku postkan ini memang sangat kena-mengena dengan life aku. Apa yang aku lihat hari-hari diluahkan kat sini. Yelah untuk sharing bersama kawan-kawan juga. Sama-samalah kita ye..
             Adalah suatu hari aku terserempak dengan kakak dekat opis ni. Mula-mula masuk keje, jadi staff baru, memanglah senyum sampai ke telinga. Sekarang, bila aku senyum, boleh buat tak tahu jer? Padahal siap tegur menegur dalam surau hari tu. Aku terpikir juga, aii..kakak ni memang buat-buat tak kenal ke atau sengaja nak balas balik sbb mungkinlah time dia senyum, aku terlepas senyuman tu. Buat akak yang terasa, saya minta maaf ye? Hmm..tapi setakat aku tau, orang macamana pun, aku tetap bagi senyuman tu..tapi tgk oranglah kalau dah tak kenal sangat, angkat kening atau senyum separuh jelah bila bertembung kat opis tu.At least bagi respons.  Tapi apapun orang buat kat kita, senyum jelah. Sedekah yang paling murah, tak payah bayar.
               Ada juga masam mencuka bila aku terlanggar sewaktu nak swipe kad. Bila senyum, boleh plak akak tak senyum, hurm. Jumpa kat toilet, susah juga nak senyum. Masam mencuka. Sabar jelah, nasib aku tak laser..sabar jela.Orang macam ni senang je nak ajar, senyum sekali, lepas tu sombong sangat, kita buat tak tahu jer. Confirm lepas ni, dia akan terhegeh-hegeh senyum. Percaya? Cubalah. Bukan apa, sombong sangat. Mungkin dia ada ulser takpun pk positif, itulah rupa dia bila senyum. Seolah-olah masam mencuka.
               Ada sorang kakak ini pula, terlebih bicara. Bagus sangat! puji! bila time kerja, memang dia serius. Kalau muka dia stress ke, marahke,  dia akan ada masa untuk menegur aku dan kawan-kawan, hurm  cuma tk berpanjangan sangatlah. Memuji sangat pandai. Bukanlah mengharapkan pujian, tetapi dalam keadaan stress ke apa ke, hilang rasa bila kakak itu menegur dan bertanya khabar tentang kerja. Sekurang-kurang kita sedar, ada gak orang amik berat kat kita. Yang penting, bila kita muncung bila keje banyak, boleh buat kita tersenyum...Tahniah akak! teruskan!

                  Apa nak cerita ialah, senyum..senyum..senyum..kata ibuku, "senyum je kat sesiapa yang memandang kita dengan senyuman, nanti kita akan dapat balik senyuman itu, biarpun orang tu tak berminat nak senyum ngan kita". Tapi haruslah diingat,  bukanlah senyum tak bertempat atau gatal ( harus beza ya!) tetapi senyum yang boleh buat orang senang dengan kita. Sebenarnya dengan senyum, silap haribulan, anda mendapat kawan dan mudah ditolongi orang jika berada dalam kesusahan.
                   Tapi senyum yang paling tak best ialah, senyum kambing..dan senyum kat depan, tapi mencebik dan mengutuk kat belakang. Ini namanya ' talam dua muka'..Bahaya orang macam ni! Sila jauhkan..

         

            

              Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh HR. Muslim, Rasulullah berpesan,
             “Janganlah    kalian  menganggap remeh kebaikan itu,  walaupun itu hanya bermuka   
               cerah  pada orang lain,”


FAKTA BUKAN AUTA


  1. - Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
  2. Kanak2 dari umur 4-6 tahun ketawa 400x sehari berbanding dewasa yang hanya 15 kali sehari. Itulah sebabnya orang dewasa lebih mudah diserang penyakit murung dan tekanan. Bahaya tuh..

Popular Posts