VISA. OH VISA..


Kadang-kadang jika kita sudah ada duit, sudah berhajat sangat ataupun sudah daftar dengan syarikat pengurusan umrah atau paling sukar diterima ialah booking tiket kapalterbang, terpaksa pula menundakan perjalanan. Bukan sebab apa, hanya kerana masalah visa. Jangan pandang remeh tentang hal ini untuk ke sesuatu perjalanan, kerana jika tak ada kelulusan visa oleh kedutaan Arab Saudi, kita masih tidak boleh ke sana.
Jika anda merancang untuk mengerjakan umrah atau ke mana-mana kali ini, pastikan segala visa anda diuruskan secepat mungkin. Ada juga mereka yang menghantar visa sebulan awal masih tidak boleh diproses dalam masa yang dijanjikan kerana terlalu ramai sangat permohonan visa tersebut. Orang kata, biar lambat, asalkan selamat. Biar lambat, asalkan lengkap dan bersedia.
TIP TIADA LAGI MASALAH VISA!
1) Pastikan visa menjadi semakan utama. Kalau semuanya selesai tetapi kalau visa ada masalah, susah juga.
1) Sentiasa menelefon agen pelancongan anda untuk mengetahui perkembangan visa anda
2) Rajin-rajinlah membaca surat khabar atau melihat berita di televisyen untuk mengetahui tentang isu semasa tentang sesebuah negara.
3) Jangan terlalu awal menempah tiket penerbangan sebelum memastikan visa telah diuruskan dengan sempurna. Paling elok, hantar 2 bulan awal dan sentiasa buat semakan.
4) Berdoa agar perjalanan anda sentiasa selamat dan lancar

* TIP CARA BERLIBUR, LIBUR MAC 2011

Popular Posts