OH.. I LIKE...
Takut nak like sebab pk ek eleh, tidak pun pk kalau aku like means aku suka dia.. Alamak silaplah. Like atau senang cakap Thumbs up kat facebook tak sama dengan like kat luar. Bukanlah kalau kita like tu, kita memang ada hati kat orang tu. Ada kalanya kita amat bersetuju dengan pendapat dia, ada juga yang terkena batang hidung sendiri. Saya juga suka like kawan2 kerana banyak yang kena batang hidung sendiri. Hehe.
Sebut bab like ni..hmm i like! Istilah atau ayat macam ni, selalu gak keluar menunjukkan memang kata-kata kawan kita tu betul. Bila rasa hepi, bila rasa excited, teruja..ayat ini akan keluar secara spontan. Biasanya orang yang suka sebut ‘ oh, i likeee tu memang seorang yang happy go lucky..semua benda yang elok ke tak elok depan mata, semuanya like. Orang macam ni boleh dibuat kawan. Bagi yang tak biasa bergurau, bila sekali kuar perkataan ‘ i like..mesti boleh buat org terkejut, eh diani asal? Macam pelikje..tapi akan adalah gelak ketawa ke apake..yelah tak sangka boleh masuk grup.tahniah tahniah..
Kalau kita nak like pun tgk2lah sikit. Bila orang tu tengah marah, janganlah i like! Kang naya kena baling senduk. Like pun kenalah bertempat yang oii..Ni kalau orang tu dalam sedih,sbb ada kematian, janganla i like pulak, kesian kawan tu..tak pasal2 kn cop ‘ sampai hati erkk..’
Bila pergi shopping atau jalan2 cari makan best..mesti ada yang akan cakap, ehh ini makanan feveret i..i like..i like this food..i like this bag..belinya tak..teruja jer orang kedai tu sbb ada orang nak beli.hehe. Hurm bukan apa dik, i like ke dislike ke, jangan la biar satu supermrkt terkejut..dlm hati sudaa..
Like ni tak bermakna suka. Aik? Tak fahamlah apa yang aku bebel ni. Like tentulah mksudnya suka. Yelah like tu tak bermakna suka. Kekadang ada juga, yang like untuk menyedarkan seseorang. Contohnya bila seseorang itu dengan muka selamba je marah dengan muka selamba je mengomen, buat kita terkejut, memang kita like. Like sbb respect atau senang citer macam istilah ‘ waa..bagus ar lu punya statement, tk sangka lu berani..’ Haa,, itu pun ada gak jenis like. Tak semestinya menyokong,,tak semestinya tak sokong. Baguslah orang-orang kita ni, memang peka dengan alam sekitar..opss apa kena mengena plak ngan alam sekitar plak ni..ehehe peka dengan alam sekelilinglah. Pendek kata, orang kita ni mmg sensitive dengan perkembangan semasa. Hah, ini ayat yang lebih bombastic sikit kot..hmmmm I like!